Cheong Min raih gangsa nanquan-nandao

Cheong Min raih gangsa nanquan-nandao

TAN CHEONG MIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGOYA: Atlet wushu negara, Tan Cheong Min terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa acara nanquan-nandao wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Cheong Min yang turun dengan sasaran sekurang-kurangnya perak memulakan saingan dengan mengumpul 9.726 mata dalam nanquan di Dewan Aichi Prefectural Martial Arts.

Bagaimanapun, kesilapan ketika melakukan pendaratan dalam nandao menyebabkan markahnya dipotong dan dia hanya meraih 9.663 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.389 mata.

Catatan berkenaan menyaksikan Cheong Min mengakhiri saingan di tempat ketiga, sekali gus mengulangi kejayaan memenangi pingat dalam acara sama selepas meraih perak pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Emas menjadi milik wakil China, Zhang Yaling dengan 19.569 mata hasil 9.783 mata dalam nanquan dan 9.786 mata dalam nandao, manakala Darya Latisheva dari Uzbekistan meraih perak dengan 19.413 mata (9.703, 9.710).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×