Aiman buru dua jersi pada aksi pembukaan

Aiman buru dua jersi pada aksi pembukaan

MUHAMMAD Nur Aiman Rosli mahu membuka tirai Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dengan memburu dua sasaran sekali gus iaitu jersi pelumba Asia dan Raja Bukit (KOM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli mahu membuka tirai Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dengan memburu dua sasaran sekali gus iaitu jersi pelumba Asia dan Raja Bukit (KOM) pada peringkat pertama hari ini.

Peringkat sejauh 193 kilometer (km) dari Persiaran Gerbang Utama Bukit Jelutong ke Kampar itu dijangka sengit, namun Aiman melihat laluan awal sebagai peluang untuk melakukan serangan dan mencuri mata KOM.

Aiman mengakui peluang untuk memakai jersi KOM terbuka pada peringkat pertama, tetapi menyedari tugas mempertahankannya akan menjadi lebih sukar apabila tiga pendakian menanti secara berturut-turut pada peringkat kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk peringkat pertama, kalau ada peluang untuk melakukan breakaway, Aiman akan cuba pegang KOM (Raja Bukit). Walaupun pada peringkat kedua nanti perlumbaan berakhir di Gunung Jerai dan itu bukan kepakaran Aiman sebagai pelumba pendaki.

“Kalau dapat pakai (jersi) itu, bolehlah. Tetapi untuk kekalkan memang agak mustahil kerana ada tiga pendakian secara berturut-turut,” katanya pada sidang media LTdL26 di sini, semalam.

Pelumba berkenaan yang mencipta kejutan dengan menduduki tempat kedua pada peringkat ketujuh edisi lalu bagaimanapun tidak mahu membazirkan tenaga terlalu awal, sebaliknya menyimpan kudrat untuk tiga peringkat terakhir.

Aiman berkata, tumpuannya pada peringkat awal adalah mengawal tenaga ketika berdepan laluan berbukit sebelum meningkatkan usaha pada peringkat keenam, ketujuh dan kelapan untuk memburu keputusan lebih baik.

“Jadi, peringkat pertama terbuka kepada sesiapa sahaja untuk merebut jersi Asia atau jersi KOM. Saya rasa ini peluang yang baik untuk Aiman cuba sesuatu dan mungkin naik podium.

“Memang itu perancangan saya. Pada peringkat keenam, ketujuh dan kelapan saya akan bekerja keras sehingga ke penamat. Selagi boleh, saya akan simpan seluruh tenaga,” katanya.

KAPSYEN

MUHAMMAD Nur Aiman Rosli mahu membuka tirai Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dengan memburu dua sasaran sekali gus iaitu jersi pelumba Asia dan Raja Bukit (KOM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×