46 pelajar sekolah menengah berasrama di Ipoh dijangkiti ILI

46 pelajar sekolah menengah berasrama di Ipoh dijangkiti ILI

A. SIVANESAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 46 orang pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di sini dikesan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan atau Influenza-Like Illness (ILI) susulan kejadian kluster Influenza A di sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, jumlah berkenaan direkodkan hasil saringan dan penilaian kesihatan terhadap 61 pelajar sehingga 14 September lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 14 pelajar didiagnosis mengalami jangkitan saluran pernafasan akut atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) manakala seorang lagi mengalami konjunktivitis atau sakit mata.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta sedang mengendalikan kejadian kluster Influenza A di sekolah berkenaan.

“Langkah kawalan, saringan dan siasatan epidemiologi di lapangan telah dilaksanakan dengan serta-merta bagi membendung penularan dalam kalangan warga sekolah

“Sehingga semalam, semua pelajar yang telah dinilai dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan yang diambil turut merangkumi saringan dan penilaian klinikal, siasatan epidemiologi, pengambilan sampel makmal serta pelaksanaan langkah kawalan dan pencegahan.

Katanya, sebanyak enam sampel nasopharyngeal swab (NPS) turut diambil daripada pelajar bagi menjalani ujian makmal untuk tujuan pengesahan.

“Keputusan ujian makmal berkenaan dipantau oleh PKD Kinta bagi menentukan tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×