Swiatek mudah mara ke separuh akhir Toronto Masters

Swiatek mudah mara ke separuh akhir Toronto Masters

Iga Swiatek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Bintang tenis dari Poland, Iga Swiatek membuktikan kehebatannya apabila hanya memerlukan 64 minit untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan Toronto Masters, semalam.

Swiatek yang merupakan bekas pemain No. 1 dunia tampil dengan aksi cukup bertenaga apabila dengan mudah menjinakkan cabaran pemain Rusia, Diana Shnaider menerusi kemenangan straight set 6-2, 6-1.

Swiatek merupakan juara Grand Slam enam kali akan berdepan Elina Svitolina selepas pemain dari Ukraine itu menewaskan wakil Russia, Ekaterina Alexandrova 3-6, 6-0, 6-3 untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Swiatek, 25, belum pernah mara perlawanan akhir sejak memenangi gelaran Jelajah WTA ke-26 di Terbuka Korea dekat Seoul hampir setahun yang lalu dan kini kedudukannya merosot ke tangga kelapan dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×