Penghuni rumah jagaan maut dengan beberapa kesan kecederaan

Penghuni rumah jagaan maut dengan beberapa kesan kecederaan

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemukan maut dengan beberapa kesan kecederaan di tubuh dalam kejadian di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang penghuni sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, penjaga dan empat penghuni rumah berkenaan ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan mengenai kematian mangsa pada kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.

“Bedah siasat akan dijalankan terhadap mayat lelaki itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang membawa kepada kematian mangsa.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mendapatkan peranan setiap individu yang ditahan dalam kes tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×