Situasi: “Seorang guru baharu melapor diri ke sekolah telah diberikan tugas mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen beliau. Guru tersebut agak panik.
Beliau tidak ada ilmu dan kemahiran berkaitan subjek tersebut. Berserabut kepala beliau memikirkan tentang tugas tersebut.”
Dalam elemen kedua dalam kerangka kepimpinan K-A-S-I-H iaitu A – bermaksud ambil peduli. Apa perkara yang perlu diambil peduli dalam konteks kepimpinan di sekolah?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil peduli:
1. Fizikal dan Kebajikan
Contohnya: Kesihatan, keselamatan, kemudahan asas, persekitaran kerja
2. Emosi dan psikologi
Contohnya: Rasa selamat, sokongan emosi, tekanan, keyakinan diri.
3. Sosial dan hubungan
Contohnya: Rasa diterima, hubungan rakan sekerja, kerjasama, konflik.
4. Profesional
Contohnya: Pengetahuan, kemahiran, bimbingan, latihan, sumber.
5. Motivasi
Contohnya: Pengiktirafan, makna kerja, autonomi, rasa memiliki
6. Kerjaya dan perkembangan
Contohnya: Peluang kepimpinan, kemajuan kerjaya, pengembangan potensi.
7. Sistem dan Organisasi
Contohnya: Arahan jelas, beban tugas, proses kerja, sokongan struktur. Jadi untuk situasi tersebut, pemimpin sekolah perlu mengatur dan menyelaras latihan profesional untuk guru tersebut. Lantik mentor dalam kalangan guru senior.
Berikan garis masa yang munasabah untuk guru menguasai kandungan mata pelajaran itu. Sentiasa memantau perkembangan guru dengan memfokuskan kepada aspek yang boleh membantu bukan mencari kesalahan. Oleh itu, dalam proses melaksanakan kepedulian ini, pemimpin sekolah perlu:
1. Peka terhadap perubahan
perubahan dalam prestasi, komunkasi, keterlibatan, kehadiran, emosi dan hubungan sesame rakan sekerja.
2. Bertanya dengan
penuh hormat
“Apakah perkara yang sedang menyukarkan pelaksanaan tugas cikgu?”
3. Memberikan perhatian sepenuhnya
Pemimpin tidak memandang ringan masalah atau membandingkan kesukaran seseorang dengan individu lain. Elakkan ungkapan, “Orang lain pun ada masalah.”
4. Menghubungkan individu dengan sumber bantuan
Contohnya pakar bidang. Elakkan meminta guru baharu mencari sendiri bantuan pakar.
5. Menentukan keutamaan
Tidak semua keperluan boleh diselesaikan serentak. Pemimpin bersama-sama individu menentukan keperluan yang paling utama.
Kepedulian dalam kepimpinan bukan semata-mata perasaan simpati atau belas kasihan. Sebaliknya, pemimpin menyediakan sokongan yang membantu individu mengatasi cabaran, membina keupayaan dan kembali berdikari. Hal ini mampu mengelakkan guru berasa terpinggir, hilang kepercayaan, kurang bermotivasi atau tidak lagi memberikan komitmen terbaik.
AHMAD Shafrin Abdul Aziz
School Improvement Partners (SIPartners +), Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat











