Jumpa mayat dalam tayar pesawat di KLIA2

Jumpa mayat dalam tayar pesawat di KLIA2

klia2
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan satu mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya di dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti jantina itu ditemukan kira-kira pukul 6.55 pagi dalam ruang simpanan tayar pesawat dari Tokyo, Jepun, yang mendarat kira-kira pukul 6.30 pagi.

Difahamkan, mayat yang memakai seluar jeans dan berbaju putih itu ditemui kakitangan kejuruteraan yang ditugaskan membuka ruang simpanan tayar pesawat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan maklumat diterima, kakitangan terbabit terhidu bau busuk yang mencurigakan dari ruang simpanan tayar sebelum membuka ruang berkenaan.

Dia kemudian menemui mayat itu sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA2.

Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat berkenaan.

Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan rasmi pihak polis sedang diperoleh dan satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini