Aaron-Aaron, Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Taiwan

Aaron-Aaron, Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Taiwan

Aaron Chia-Aaron Tai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu Malaysia, Aaron Chia-Aaron Tai dan Pearly Tan-M. Thinaah terlepas peluang menjulang gelaran setelah mereka tumpas kepada lawan masing-masing pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan di Taipei City, Taiwan, hari ini.

Pasangan pecah ganding, Aaron-Aaron terpaksa akur kepada gandingan No. 78 dunia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 21-23, 19-21 dalam masa 42 minit.

Sementara itu, beregu wanita No. 5 dunia, Pearly-Thinaah pula dikejutkan oleh gandingan ke-71 dunia, Sumire Nakade-Miyu Takahashi dari Jepun 16-21, 18-21 dalam masa 40 minit.

Selaku naib juara, Aaron-Aaron dan Pearly-Thinaah membawa pulang pingat perak serta hadiah wang tunai sebanyak AS$9,500 (RM38,809).

Untuk gandingan Aaron-Aaron, selepas ini mereka akan terus terbang ke Yeosu City, Korea Selatan bagi menyertai Terbuka Korea yang bermula, Selasa ini.

Pearly-Thinaah pula, mereka akan terbang pulang ke tanah air dan mengalihkan fokus kepada persiapan menjelang Kejohanan Dunia di India pada 17-23 Ogos ini.

Dalam pada itu, bagi Aaron Chia, walaupun dia telah bertukar pasangan, namun, pemain tersebut akan tetap menyertai Kejohanan Dunia bersama gandingan lamanya, Soh Wooi Yik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×