Hafizuddin tuai emas keempat, pecah rekod temasya

Hafizuddin tuai emas keempat, pecah rekod temasya

Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan kilauan emas keempat menerusi kategori 88 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini. - IHSAN RTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad angkat berat negara terus membuktikan status sebagai lubuk emas kontinjen Malaysia apabila Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan kilauan emas keempat menerusi kategori 88 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, sebentar tadi.

Hafizuddin tampil dalam kelas tersendiri apabila melakukan angkatan keseluruhan 345kg hasil 162kg dalam acara snatch dan 183kg bagi clean & jerk, sekali gus memadam rekod temasya selain meninggalkan pencabar terdekat dengan jurang tujuh kilogram.

Pingat perak menjadi milik atlet New Zealand, Cameron David McTaggart menerusi angkatan keseluruhan 338kg, manakala wakil tuan rumah Scotland, Angus Doig membawa pulang gangsa selepas mencatat 309kg.

Kejayaan itu sekali gus meneruskan penguasaan skuad angkat berat negara yang sebelum ini sudah menyumbang tiga emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan, Muhamad Aznil Bidin dan Muhammad Erry Hidayat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN