Ee Wei selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Melbourne

Ee Wei selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Melbourne

Toh Ee Wei prosedur pembedahan tersebut dilaksanakan dengan lancar dan fokus Ee Wei kini ialah untuk menjalani proses pemulihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton beregu campuran negara, Toh Ee Wei selamat menjalani pembedahan lutut kiri selepas ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di Melbourne, Australia, semalam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini, prosedur pembedahan tersebut dilaksanakan dengan lancar dan fokus Ee Wei kini ialah untuk menjalani proses pemulihan.

Ee Wei berterima kasih kepada semua penyokong yang tidak berhenti menghantarkan kata-kata sokongan kepada dirinya sejak beberapa minggu lalu.

“Saya berasa lega pembedahan berjalan dengan baik dan ingin berterima kasih kepada semua orang di atas sokongan dan ucapan semoga segera sembuh kepada saya.

“Ia amat bermakna buat saya. Fokus saya sekarang adalah kepada proses pemulihan dan saya akan memberikan komitmen untuk sembuh sepenuhnya.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke gelanggang,” kata Ee Wei yang mengalami kecederaan tersebut sewaktu menyertai Terbuka Singapura, bulan lalu.

BAM memberi jaminan akan terus menyediakan sokongan perubatan dan pemulihan agar Ee Wei dapat melaluinya tanpa sebarang masalah.

“BAM mendoakan Ee Wei agar dia berjaya mengharungi perjalanan ini untuk kembali semula ke gelanggang pertandingan,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN