Switzerland fokus perincian sebelum aksi kalah mati

Switzerland fokus perincian sebelum aksi kalah mati

Murat Yakin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Switzerland mahu memberi tumpuan kepada aspek teknikal pasukan sepanjang rehat tujuh hari sebelum mengharungi pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas muncul juara Kumpulan B.

Jurulatih Switzerland, Murat Yakin berkata, tempoh tersebut amat penting untuk pemulihan fizikal pemain serta penyusunan semula strategi pasukan menjelang aksi kalah mati.

“Sekarang kita mempunyai lebih banyak hari rehat dan kita boleh pulih lebih lama.

“Harapnya kita boleh benar-benar bekerja dengan lebih terperinci. Kita boleh berkumpul semula, fokus semula, mengatur dengan lebih baik, melihat perkara-perkara asas,” katanya.

Switzerland menamatkan saingan kumpulan dengan tujuh mata selepas menewaskan tuan rumah bersama, Kanada 2-1 dalam aksi di BC Place, semalam.

Kemenangan itu turut memastikan Switzerland kekal di Vancouver untuk aksi pusingan 32, selain memberi kelegaan kepada mereka selepas menghadapi tekanan tinggi pada awal kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN