Solbakken tabik Haaland

Solbakken tabik Haaland

SOLBAKKEN (kiri) bersama Haaland. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Erling Haaland terus membuktikan statusnya sebagai antara penyerang paling digeruni dunia apabila meledak dua gol ketika membantu Norway menewaskan Senegal 3-2 sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026.

Kemenangan itu menyaksikan Norway mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selain mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak penampilan terakhir mereka pada edisi 1998.

Haaland yang sudah meledak empat gol dalam dua perlawanan kini muncul antara calon utama memburu Kasut Emas bersama kapten Perancis, Kylian Mbappe.

Jurulatih Norway, Stale Solbakken mengakui penyerang Manchester City itu sebenarnya mampu menjaringkan lebih banyak gol jika tidak mensia-siakan beberapa peluang terbaik sepanjang perlawanan.

“Dia terlepas peluang keemasan dan sebenarnya boleh menjaringkan empat gol, tetapi itulah Erling, dia tetap penyerang terbaik yang kami miliki.

“Dia bukan bermain untuk Perancis atau Argentina, dia menjaringkan gol untuk Norway dan kini sudah memiliki empat gol di pentas terbesar dunia,” katanya.

Solbakken turut berjanji akan melakukan segala yang termampu bagi membantu Haaland mengekalkan rentak jaringan dan merealisasikan impian memenangi Kasut Emas kejohanan.

“Lebih mudah untuk memenangi Kasut Emas jika anda bermain untuk Perancis atau Argentina, namun kami akan cuba memberikan Erling lebih banyak perlawanan dan lebih banyak bantuan kerana dia sedang berada pada prestasi luar biasa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN