PRN Johor: Chu Poh Yee diumum sebagai calon PH DUN Mengkibol - Utusan Malaysia

PRN Johor: Chu Poh Yee diumum sebagai calon PH DUN Mengkibol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Chu Poh Yee, 33, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, di sini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Siew Fook berkata, Poh Yee yang merupakan anak jati Kluang itu bakal menggantikan Chew Chong Sin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Labis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berusia pada Majlis Pengumuman Calon DUN Mengkibol yang diadakan di Jalan Ismail, di sini malam ini.

Hadir sama, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Sementara itu, Poh Yee berkata, dia menerima amanah dan tanggungjawab itu dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat setempat sekiranya diberikan mandat.

“Seperti anak muda lain, saya pernah tinggalkan Kluang untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan mencari pengalaman di luar. Namun saya kembali kerana rasa tanggungjawab untuk menyumbang kepada masyarakat setempat.

“Daerah ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan, penduduknya bersemangat dan saya mahu bekerja untuk mereka. Rakyat bukan sahaja mahu kestabilan politik tetapi juga peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN