Piala Dunia 2026 padam rekod di Qatar

Piala Dunia 2026 padam rekod di Qatar

PEMAIN Amerika Syarikat, Auston Trusty menjaring gol ketika aksi Kumpulan D menentang Turkiye menjadikan gol ke-173 dijaringkan dalam edisi kali ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INGLEWOOD: Piala Dunia 2026 terus mencipta sejarah apabila muncul edisi paling prolifik daripada segi jaringan selepas memecahkan rekod gol terbanyak yang pernah dicatatkan dalam sejarah kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Rekod baharu tersebut tercipta seawal minit ketiga perlawanan Kumpulan D antara Amerika Syarikat (AS) dan Turkiye apabila Auston Trusty meledak gol pembukaan buat tuan rumah di Stadium Los Angeles.

Jaringan itu merupakan gol ke-173 kejohanan, sekali gus mengatasi rekod terdahulu sebanyak 172 gol yang dicatatkan sepanjang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Apa yang lebih mengagumkan, rekod tersebut berjaya dipecahkan hanya pada perlawanan ke-59 kejohanan, jauh lebih awal berbanding edisi 2022 yang memerlukan kesemua 64 perlawanan untuk mencapai jumlah jaringan berkenaan.

Pesta gol di Los Angeles tidak terhenti di situ apabila Turkiye menjaringkan dua gol pada babak pertama sebelum kedua-dua pasukan masing-masing menambah satu lagi jaringan selepas rehat, menjadikan jumlah keseluruhan gol Piala Dunia 2026 meningkat kepada 177.

Pencapaian itu sekali lagi mengukuhkan reputasi edisi kali ini sebagai antara kejohanan paling menghiburkan dengan aksi menyerang menjadi tema utama kebanyakan perlawanan sejak sepak mula.

Walaupun jumlah perlawanan bertambah kepada 104 susulan pengembangan saiz kejohanan daripada 32 kepada 48 pasukan, kadar jaringan yang dicatatkan setakat ini tetap dianggap luar biasa kerana rekod lama berjaya dipecahkan ketika saingan masih berada di penghujung peringkat kumpulan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino menyifatkan pencapaian tersebut sebagai bukti kualiti dan keberanian pasukan-pasukan bertanding yang mengutamakan corak permainan menyerang.

“Memintas rekod tertinggi sebelum ini iaitu 172 gol di Qatar membuktikan keterujaan dan kehebatan permainan menyerang yang menjadikan Piala Dunia 2026 begitu sukar dilupakan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dengan masih berbaki 45 perlawanan termasuk saingan kalah mati, jumlah jaringan dijangka terus meningkat dan berpotensi meletakkan rekod baharu itu pada tahap yang sukar dicabar dalam masa terdekat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN