Maghribi sedia ulang magis di Piala Dunia

Maghribi sedia ulang magis di Piala Dunia

SKUAD Maghribi sedia melakar kejutan di Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Maghribi muncul antara pasukan paling meyakinkan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 apabila memenangi semua lapan perlawanan kumpulan dengan meledak 22 gol dan hanya bolos dua kali.

Skuad The Atlas Lions terus membawa reputasi besar selepas mencipta sejarah di Piala Dunia 2022 di Qatar apabila muncul pasukan Afrika pertama mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Ketika itu mereka menjuarai Kumpulan F yang turut dibarisi dibarisi Croatia, Belgium dan Kanada sebelum menyingkirkan Sepanyol serta Portugal di pusingan kalah mati untuk melakar sejarah buat negara berkenaan.

Kejayaan luar biasa di Qatar banyak dikaitkan dengan sentuhan jurulatih, Walid Regragui yang mengambil alih pasukan hanya tiga bulan sebelum kejohanan bermula dan dia berjaya membentuk skuad mantap yang memiliki disiplin taktikal tinggi.

Kini dibimbing Mohamed Ouahbi, Maghribi terkenal dengan organisasi permainan yang kemas ketika bertahan, namun mereka juga berbahaya ketika menyerang dan dengan formasi 4-3-3.

Ouahbi yang sebelum ini mengendalikan skuad bawah 20 tahun Maghribi, mengambil alih tugas daripada Regragui pada Mac lalu selepas krisis selepas Piala Negara-Negara Afrika.

Di bawah kendalian Ouahbi, The Atlas Lions banyak menggunakan serangan di bahagian sayap menerusi larian pemain pertahanan seperti Achraf Hakimi dan Youssef Belammari.

Pilihan pemain tengah dan sayap yang berkualiti memberi banyak variasi kepada corak permainan mereka selain di bahagian serangan pula, skuad itu memiliki penyerang berkualiti terutama Brahim Diaz dan Ayoub El Kaabi.

Diaz dilihat menjadi antara pemain tumpuan dengan bintang Real Madrid itu menjadi aset penting berdasarkan kemampuan menggelecek, kreativiti dan ketajaman dalam melakukan penyudah.

Sejak membuat penampilan sulung bersama Maghribi pada Mac tahun lalu, Diaz sudah meledak lapan gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 14 perlawanan, sekali gus membuktikan pengaruh besarnya dalam jentera serangan pasukan.

Dalam skuad kali ini, Ouahbi tetap menyenaraikan Nayef Aguerd dalam skuad ke Amerika Syarikat  walaupun pemain pertahanan itu tidak beraksi sejak awal Mac susulan kecederaan.

Beberapa tonggak lama masih dikekalkan termasuk Aguerd, Achraf Hakimi, Noussair Mazraoui dan pemain tengah Sofyan Amrabat.- AGENSI

 

Pemain Tumpuan

 

  1. Achraf Hakimi

Posisi: Pertahanan Kanan

Kelab: PSG

Umur: 27

Gol Antarabangsa: 11

*Hakimi merupakan kapten Maghribi dan antara bek sayap terbaik dunia selepas membantu PSG meraih pelbagai kejuaraan musim ini.

 

2.Brahim Diaz

Posisi: Penyerang

Kelab: Real Madrid

Umur: 26

Gol Antarabangsa: 4

*Brahim Díaz menjadi senjata kreatif utama pasukan dengan kemampuan bermain di beberapa posisi serangan.

 

  1. Ayoub El Kaabi

Posisi: Penyerang tengah

Kelab: Olympiacos

Umur: 32 tahun

Gol antarabangsa: 33

*El Kaabi tampil cemerlang bersama Olympiacos sejak 2023 dan merupakan antara penyerang paling prolifik Maghribi ketika ini.

 

4.Sofyan Amrabat

Posisi: Tengah bertahan

Kelab:Real Betis

Umur: 29

Gol Antabangsa: 0

*Amrabat ialah enjin di bahagian tengah yang memainkan peranan penting ketika Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022

 

5.Yassine Bounou

Posisi: Penjaga gol

Kelab: Al Hilal

Umur: 35

Penampilan antarabangsa: 89

*Tonggak utama Maghribi ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 apabila menyelamatkan tiga sepakan penalty Ketika berdepan Sepanyol, antara penjaga gol terbaik dunia dalam sedekad terakhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN