Liverpool ikat Munoz dengan harga RM188 juta

Liverpool ikat Munoz dengan harga RM188 juta

PEMAIN Muda Sepanyol, Victor Munoz kini menjadi milik Liverpool.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool memenangi persaingan sengit pasaran perpindahan selepas berjaya mengikat penyerang muda Sepanyol, Victor Munoz dari Osasuna dengan nilai perpindahan dilaporkan mencecah 34.5 juta pound (RM188 juta).

Munoz, 22, yang kini sedang menggalas tugas antarabangsa bersama skuad Sepanyol di Piala Dunia 2026, dilaporkan telah menjalani pemeriksaan perubatan di kem latihan negaranya di Tennessee, Amerika Syarikat.

Beliau bersetuju memeterai kontrak jangka panjang selama enam tahun bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Melalui satu kenyataan rasmi, pengurusan The Reds mengesahkan bahawa perjanjian itu kini hanya menunggu kelulusan permit kerja dan pelepasan antarabangsa.

“Liverpool FC telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Victor Munoz dari Osasuna, tertakluk kepada kejayaan permohonan permit kerja dan pelepasan antarabangsa,” lapor kenyataan kelab tersebut.

Kehadiran bintang muda ini menjadi pembelian sulung pengurus baharu Liverpool, Andoni Iraola, sejak beliau mengambil alih kerusi kejurulatihan daripada Arne Slot.

Sebelum perpindahan ini direalisasikan, Newcastle United disebut-sebut sebagai destinasi pilihan utama Munoz selepas kelab itu melepaskan Anthony Gordon ke Barcelona.

Malah, gergasi Eropah lain seperti Manchester United dan Bayer Leverkusen turut dilaporkan memburu khidmatnya.

Bagaimanapun, tindakan agresif Liverpool mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya bersama Osasuna berjaya memintas segala spekulasi sekali gus meyakinkan Munoz untuk berhijrah ke Anfield.

Pemain sayap berbakat itu memamerkan prestasi cemerlang musim lalu apabila berjaya meledak tujuh gol dan menyumbang lima bantuan jaringan dalam 36 penampilan bersama Osasuna.

Dilahirkan daripada acuan akademi terkenal Barcelona, La Masia, Munoz juga pernah menyertai Real Madrid sebelum melengkapkan perpindahan ke Osasuna pada Julai tahun lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN