Lelaki pukul rakan hingga mati kerana disangka hantu

Lelaki pukul rakan hingga mati kerana disangka hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa memukul rakannya hingga mati menggunakan tukul besi dalam kejadian di daerah Nam Phong, wilayah Khon Kaen, Thailand.

Polis berkata, suspek dikenali sebagai Wichan, 59, menyerang mangsa selepas menuduh rakannya itu sebagai Phi Pop, hantu kanibal dalam kepercayaan rakyat Thailand, selepas minum bersama sepanjang hari.

Ketua Balai Polis Nam Phong, Kolonel Chumphon Buachum berkata, mangsa yang berusia 57 tahun tidak sedarkan diri di sebuah pondok ladang di kawasan Kut Nam Sai sekitar pukul 5 petang Rabu lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas dipukul di kepala dan badan kira-kira 20 kali oleh suspek.

Siasatan mendapati, pergaduhan berlaku ketika kedua-dua lelaki terbabit minum arak bersama, apabila Wichan menuduh mangsa sebagai hantu dan menyerangya dengan tukul besi.

Polis merampas tukul besi berkenaan serta beberapa barangan lain yang dipercayai berkaitan sebagai bahan bukti.

Suspek ditahan pada hari sama tanpa cuba melarikan diri dan diserahkan kepada penyiasat di Balai Polis Nam Phong atas kesalahan menyebabkan kematian akibat serangan.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan akan dibicarakan mengikut proses undang-undang.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN