Lelaki Indonesia lemas ketika mandi lombong - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia lemas ketika mandi lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan lemas di dasar lombong dipercayai ketika mandi di kawasan berkenaan di Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Tinggi II, Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 5.59 petang.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua logistik Hilux dengan lima anggota dari BBP Bandar Tenggara dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, pemeriksaan berdasarkan maklumat saksi mengesahkan terdapat seorang mangsa telah lemas dalam lombong berkenaan.

“Mangsa yang dikenalpasti sebagai Sudarwanto, 32, berjaya ditemukan di kawasan tengah lombong pada kedalaman kira-kira 11 meter dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari lombong dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 9.50 malam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN