Jurutera maut kereta bertembung bas pelancong - Utusan Malaysia

Jurutera maut kereta bertembung bas pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang jurutera maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 57, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Adi Sumindar Misuan, 45, yang memandu kenderaan jenis Honda City dari arah Mersing disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah bas jenis Scania dipandu lelaki tempatan berusia 45 tahun bersama tiga penumpang warga Singapura dengan kereta dinaiki mangsa.

“Siasatan awal mendapati bas pelancong tersebut dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Jeti Tanjung Gemok. Tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa.

“Pemandu bas serta tiga penumpang warga asing bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Yusof, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut, manakala pemandu bas ditahan bagi membantu siasatan mengikut di Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN