Isak-Gyokeres gandingan berbisa bawa Sweden

Isak-Gyokeres gandingan berbisa bawa Sweden

Graham Potter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTERREY: Jurulatih Sweden, Graham Potter memuji keserasian antara penyerang Alexander Isak dan Viktor Gyokeres selepas mereka memusnahkan pertahanan Tunisia dalam kemenangan 5-1 pada aksi pembukaan Kumpulan F Piala Dunia 2026, semalam.

Walaupun Yasin Ayari mencuri tumpuan apabila membuka dan melengkapkan jaringan Sweden, manakala pemain gantian Mattias Svanberg turut meledak gol, gandingan Isak dan Gyokeres dilihat menjadi nadi utama jentera serangan pasukan sepanjang perlawanan.

Kedua-dua penyerang itu bukan sahaja menjaringkan satu gol setiap seorang, malah berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya yang menyukarkan benteng pertahanan Tunisia.

Potter berkata, kombinasi yang dipamerkan kedua-dua pemain itu mampu menjadi senjata utama Sweden dalam menghadapi saingan yang lebih mencabar selepas ini.

“Secara individu mereka adalah pemain berkualiti tinggi, tetapi apabila digandingkan mereka mampu menjadi ancaman besar kepada mana-mana pasukan.

“Saya percaya mereka akan terus menunjukkan peningkatan kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Menurut Potter, kejayaan tersebut bukan hanya disebabkan kehebatan pemain di bahagian serangan, sebaliknya hasil kerjasama seluruh pasukan yang berfungsi dengan baik.

“Saya amat gembira dengan prestasi pemain. Kami tahu kemampuan individu yang kami miliki di bahagian hadapan, tetapi mereka memerlukan sokongan daripada keseluruhan pasukan.

“Kami tidak sempurna, namun pada awal permainan kami berjaya mengawal rentak dan corak perlawanan dengan baik,” katanya.

Perlawanan itu merupakan pertemuan pertama antara Sweden dan Tunisia dalam sejarah Piala Dunia.

Kemenangan itu menyaksikan Sweden mengungguli Kumpulan F dengan tiga mata selepas Belanda dan Jepun terikat 2-2 dalam satu lagi aksi kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN