Ibu kanak-kanak jatuh tingkat 12 ditahan reman - Utusan Malaysia

Ibu kanak-kanak jatuh tingkat 12 ditahan reman

Ab. Rahaman Arsad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warganegara asing ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan melibatkan dua kanak-kanak berusia 8 dan 10 tahun terjatuh dari tingkat 12 di sebuah pangsapuri di Tampoi, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, wanita berusia 37 tahun, wanita berkenaan ditahan pada pukul 12 tengah hari, semalam.

“Salah seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan sedang dirawat di hospital.

“Suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala urin dibuat mendapati negatif penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, pihaknya juga telah memanggil beberapa orang saksi kejadian untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN