Paulo bangga semangat juang Harimau Malaya

Paulo bangga semangat juang Harimau Malaya

PAOLO Josue meledak dua gol ketika Harimau Malaya menumpaskan Myanmar 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala ASEAN 2026-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Paulo Josue mengakui persiapan singkat bukan halangan untuk skuad kebangsaan membentuk keserasian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi kemenangan 2-1 ke atas Myanmar dalam aksi Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Thuwunna, kelmarin.

Penyerang naturalisasi negara itu muncul wira kemenangan Malaysia apabila meledak dua gol untuk membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe bangkit untuk meraih tiga mata penuh.

Aksi cemerlang pemain Kuala Lumpur City (KL City) berusia 37 tahun itu turut menyaksikannya dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Paulo berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna memandangkan para pemain hanya mempunyai kira-kira 10 hari untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan Cheng Hoe.

“Saya hanya gembira. Gembira untuk rakan sepasukan dan bangga dengan mereka. Saya rasa selepas 10 hari, bukan mudah untuk mengikut segala kemahuan jurulatih.

“Namun, saya fikir kami bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama. Kami bolos satu gol yang sememangnya tidak dirancang tetapi kami tahu Myanmar memiliki serangan balas dan transisi yang pantas.

“Syukur kami berjaya bangkit pada separuh masa kedua. Secara keseluruhannya, saya rasa kami mempamerkan permainan yang baik dan saya bangga dengan rakan sepasukan,” katanya.

Kemenangan itu memberikan permulaan positif buat Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan B serta menyuntik keyakinan pasukan untuk menghadapi baki aksi peringkat kumpulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN