Hong tanggung kekalahan Korea Selatan

Hong tanggung kekalahan Korea Selatan

Hong Myung-bo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTERREY: Pengendali Korea Selatan, Hong Myung-bo mengambil tanggungjawab sepenuhnya selepas tewas 0-1 kepada Afrika Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2026, semalam, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan yang sebelum ini memulakan kempen dengan kemenangan ke atas Republik Czech, kini berdepan laluan sukar untuk layak ke pusingan 32 terbaik.

Dalam aksi itu, Hong mengambil keputusan berani tidak menurunkan bintang utama, Son Heung-min dalam kesebelasan utama dengan harapan pemain itu mampu memberi impak pada babak kedua.

Namun, percaturan itu tidak membuahkan hasil apabila Afrika Selatan tampil lebih berbahaya dan berorganisasi sepanjang permainan.

Gol tunggal perlawanan oleh Thapelo Maseko pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan kepada Afrika Selatan, sekali gus menamatkan harapan Korea Selatan untuk mengutip mata penting.

“Sudah tentu, jika kami sudah mengetahui keputusan lebih awal, mungkin saya akan membuat pilihan yang berbeza, tetapi saya mempunyai strategi.

“Akhirnya, ia terletak pada saya. Saya rasa saya membuat keputusan yang salah dan itu menjadi sebab kami mendapat keputusan buruk. Tiada yang lain, tiada yang lebih,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk merehatkan Son dibuat berdasarkan strategi untuk memanfaatkan kelemahan lawan pada lewat permainan, namun ia gagal diterjemahkan di atas padang.

“Kami beranggapan Son Heung-min lebih berkesan apabila lawan sudah keletihan dan ruang permainan lebih terbuka. Namun, perancangan itu tidak menjadi seperti diharapkan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN