WASHINGTON: Tiga hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan pentadbirannya berhubung sekatan yang dikenakan ke atas mereka tahun lalu, dengan mendakwa tindakan itu menyalahi undang-undang. Saman tersebut difailkan di mahkamah persekutuan di Manhattan oleh Kimberly Prost dari Kanada, Solomy Balungi Bossa dari Uganda dan Reine Adelaide Sophie Alapini-Gansou semalam. Ketiga-tiga hakim itu berkata, sekatan tersebut direka untuk mengenakan tekanan di luar bidang…










