Ferrari dijangka kuasai kelayakan GP Monaco

Ferrari dijangka kuasai kelayakan GP Monaco

Lando Norris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO: Juara dunia Formula Satu (F1), Lando Norris percaya Ferrari menjadi pasukan pilihan untuk meraih petak utama pada Grand Prix (GP) Monaco hujung minggu ini susulan kelebihan jentera SF-26 di litar berkelajuan rendah.

Pemandu McLaren itu berkata, kekuatan Ferrari terutama dalam aspek cengkaman dan prestasi di selekoh perlahan memberi mereka kelebihan besar di litar jalan raya Monte Carlo yang terkenal dengan laluan sempit serta berliku.

“Secara jujurnya, saya rasa Ferrari akan berada di petak utama di Monaco. Prestasi mereka di selekoh berkelajuan rendah jauh lebih baik berbanding pasukan lain.

“Saya sentiasa menantikan perlumbaan di Monaco kerana ia antara litar kegemaran saya dan saya menikmati kejayaan yang baik di sana tahun lalu,” katanya.

Setakat ini, Mercedes mendominasi musim 2026 apabila berjaya menukar semua lima petak utama yang diraih kepada kemenangan perlumbaan.

Bagaimanapun, Monaco dilihat mampu menamatkan rekod cemerlang pasukan itu memandangkan kelebihan kuasa enjin Mercedes tidak begitu memberi impak di litar yang mempunyai laluan lurus yang terhad.

Ketua pasukan McLaren, Andrea Stella turut senada dengan pandangan Norris dan menganggap Ferrari memiliki pakej yang sangat sesuai untuk cabaran di Monaco.

“Berdasarkan data GPS, kami dapat melihat Ferrari mempunyai casis yang sangat kompetitif di bahagian selekoh, khususnya di sektor pertama.

“Ferrari kehilangan sedikit masa di laluan lurus seperti yang berlaku di Kanada,tetapi faktor itu tidak begitu penting di Monaco kerana jumlah laluan lurus yang sangat sedikit,” katanya.

Dalam masa sama, Stella percaya McLaren juga berpotensi memberi saingan selepas beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap jentera MCL40.

McLaren memiliki rekod baik di Monaco musim lalu apabila Norris muncul pemenang, manakala seorang lagi pemandu pasukan itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN