Dua lelaki dipenjara bakar rumah, kereta PM Britain

Dua lelaki dipenjara bakar rumah, kereta PM Britain

KEIR STARMER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki warga Ukraine dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah melakukan siri serangan bakar terhadap beberapa harta berkaitan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, tahun lalu.

Roman Lavrynovych, 22, melakukan insiden itu dalam tempoh lima hari pada Mei, termasuk membakar sebuah rumah di utara London yang dikaitkan dengan Starmer, satu lagi hartanah berhampiran yang pernah didiami beliau serta masih didiami ahli keluarganya, serta sebuah kereta Toyota yang pernah dimiliki pemimpin itu.

Mahkamah Old Bailey di London sebelum ini mendapati tertuduh bersalah atas dua pertuduhan melakukan jenayah bakar dengan sikap cuai terhadap kemungkinan nyawa manusia terancam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia dijatuhkan hukuman pada Jumaat selepas perbicaraan kes berkenaan.

Dia turut disabitkan bersalah bersama warga Romania, Stanislav Carpiuc, 27, yang juga dilahirkan di Ukraine, atas pertuduhan bersubahat melakukan pembakaran.

Pihak pendakwa raya di Mahkamah Old Bailey berkata, Lavrynovych ditawarkan bayaran untuk melakukan perbuatan membakar oleh satu akaun di Telegram yang menggunakan nama ‘EL Money’.

Akaun tersebut menghubunginya dalam bahasa Russia dan Ukraine, namun pihak pendakwa tidak menyatakan siapa atau entiti mana yang dipercayai berada di sebalik akaun berkenaan. Lavrynovych pula berkata dia tidak mengetahui siapa sasaran sebenar tindakannya.

“Anda bukan seorang lelaki yang berpegang kepada prinsip yang tinggi dan anda mudah dibeli,” kata Hakim Neil Garnham, sambil menyifatkannya sebagai individu dengan tahap fungsi intelektual yang rendah.

Lavrynovych dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, manakala Carpiuc menerima hukuman penjara dua tahun.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini