MIAMI: Brazil membuktikan status selaku lima kali juara Piala Dunia apabila mudah menewaskan Scotland 3-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2026 di Stadium Miami, semalam, sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.
Brazil membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Vinicius Junior berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan.

Penyerang Real Madrid itu kemudian menambah gol kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Matheus Cunha melengkapkan kemenangan 3-0 pada minit ke-60.
Kemenangan itu membolehkan Brazil menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan C berdasarkan perbezaan gol mengatasi Maghribi, yang turut mara selepas menewaskan Haiti 4-2 di Atlanta.

Scotland yang tewas dalam perlawanan tersebut terpaksa berpuas hati di tempat ketiga kumpulan dan kini bergantung kepada keputusan kumpulan lain sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik. – AFP










