Argentina juara Kumpulan J, benam Jordan 3-1

Argentina juara Kumpulan J, benam Jordan 3-1

PEMAIN pertahanan Argentina, Valentin Barco mengawal bola ketika berdepan Jordan dalam aksi Piala Dunia 2026 Kumpulan J di Stadium Dallas-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Juara dunia, Argentina menutup saingan Kumpulan J dengan penuh bergaya apabila menewaskan Jordan 3-1 pada aksi terakhir Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah untuk muncul juara kumpulan.

Skuad kendalian Lionel Scaloni bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ke-19 menerusi Giovani Lo Celso sebelum Lautaro Martinez menggandakan kedudukan pada minit ke-31 hasil sepakan penalti.

Jordan  kembali menghidupkan peluang apabila Mousa Al Taamari merapatkan jurang pada minit ke-55, namun Argentina terus menguasai permainan.

Kehadiran kapten Lionel Messi sebagai pemain gantian nyata menjadi pemangkin apabila bintang berpengaruh itu meledak gol ketiga pada minit ke-80, sekali gus memastikan kemenangan selesa 3-1.

Messi yang direhatkan pada awal perlawanan tetap mencuri tumpuan sebaik dimasukkan pada babak kedua, apabila ketenangannya di depan gawang lawan menghadiahkan tiga mata penuh buat Argentina.

Jordan yang sudah pun tersingkir sebelum perlawanan tetap menampilkan semangat juang tinggi, namun jelas tidak mampu menandingi kekuatan jentera serangan Argentina yang semakin tajam.

Dengan kemenangan itu, Argentina mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan untuk menamatkan saingan Kumpulan J selaku juara, manakala Jordan pulang tanpa sebarang mata selepas kempen yang mengecewakan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN