Arab Saudi enggan 'parkir bas'

Arab Saudi enggan ‘parkir bas’

Georgios Donis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Jurulatih Arab Saudi, Georgios Donis menegaskan dia tidak akan menerapkan corak permainan bertahan apabila dijadual berdepan Uruguay dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2026 di Stadium Miami, hari ini.

Menurut Donis, pendekatan sedemikian bercanggah dengan falsafah bola sepak yang ingin diterapkannya dalam skuad Green Falcons, sebaliknya dia mahu anak buahnya tampil lebih berani dan kompetitif sepanjang perlawanan.

“Kami bersedia untuk menekan lawan. Kami bersedia untuk bertahan secara teratur. Kami bersedia untuk melancarkan serangan balas. Kami juga bersedia untuk mencipta peluang.

“Kami tidak boleh tahu bagaimana perlawanan akan berlangsung (tetapi) kami tidak sedang menyediakan pasukan yang akan bermain secara pasif dan hanya menunggu lawan untuk bertindak balas. Kami sedang menyediakan pasukan yang akan bermain dengan keyakinan,” katanya pada sidang media, semalam.

Arab Saudi yang berada dalam Kumpulan H bersama Sepanyol dan Cape Verde dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan kalah mati namun, Donis menegaskan bahawa fokus pasukannya bukan sekadar mengelak kekalahan.

Dalam pada itu, dia mengakui kekangan masa persediaan selepas mengambil alih pasukan daripada Herve Renard, namun tetap yakin pemainnya mampu menyesuaikan diri dengan pendekatan yang dibawanya.

“Semuanya berlaku dengan cepat. Tempoh latihan juga singkat, tetapi pemain menunjukkan sikap yang memberi saya keyakinan,” katanya.

Arab Saudi pernah mencipta kejutan besar apabila menewaskan Argentina pada Piala Dunia 2022, selain rekod cemerlang ketika mara ke pusingan kalah mati pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Donis turut menyifatkan pendedahan pemain Arab Saudi kepada bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema dalam Liga Pro Saudi sebagai satu kelebihan menjelang pertemuan menentang Uruguay yang dibarisi pemain seperti Federico Valverde. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN