Antonelli terus kebal

Antonelli terus kebal

PELUMBA Mercedes dari Itali, Kimi Antonelli (kiri) meraikan kemenangan bersama bapanya yang juga bekas pelumba, Marco Antonelli selepas muncul juara Grand Prix Monaco di Litar Jalan Raya Monaco, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO: Sensasi muda Formula Satu (F1), Kimi Antonelli terus membuktikan dirinya calon utama juara dunia musim ini apabila memenangi Grand Prix (GP) Monaco yang penuh drama dan insiden, semalam.

Kemenangan itu merupakan yang kelima berturut-turut buat pelumba Mercedes berusia 19 tahun itu sekali gus menjadikannya pelumba Itali pertama melakar pencapaian tersebut sejak legenda negara itu, Alberto Ascari pada 1952.

Antonelli yang bermula dari petak utama langsung tidak menoleh ke belakang apabila mengawal perlumbaan sejak awal sebelum menamatkan saingan 6.271 saat di hadapan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

“Jentera kami sangat hebat hari ini dan saya memiliki kelajuan yang cukup baik untuk terus menekan sepanjang perlumbaan.

“Ini memang hari yang luar biasa dan antara perlumbaan terbaik pernah saya lalui,” katanya.

Hamilton yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua pula mencipta rekod tersendiri apabila menyamai pencapaian mendiang Ayrton Senna dengan lapan penamat podium di Monaco.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Red Bull, Isack Hadjar manakala Oscar Piastri dari McLaren menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Perlumbaan di litar jalan raya paling glamor dunia itu turut menyaksikan beberapa nama besar ditimpa malang apabila juara dunia empat kali, Max Verstappen tersingkir seawal selekoh pertama akibat kegagalan enjin.

“Apa lagi yang boleh saya lakukan? Saya hanya cuba membawa kereta pulang tetapi enjin terus gagal berfungsi,” kata Verstappen.

Turut kecewa ialah juara dunia bertahan, Lando Norris yang terpaksa menarik diri selepas berdepan masalah bateri, manakala rakan sepasukan Antonelli, George Russell kehilangan peluang podium selepas dikenakan penalti pandu lalu ketika perlumbaan dihentikan sementara.

Kemenangan tersebut membolehkan Antonelli melebarkan jurang pendahuluan kejuaraan dunia kepada 66 mata ke atas Hamilton, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai fenomena baharu F1 yang semakin sukar dicabar musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN