Aguirre enggan Mexico dibuai mimpi

Aguirre enggan Mexico dibuai mimpi

PENGENDALI Mexico, Javier Aguirre (kiri) bersalaman dengan penjaring gol tunggal Luis Romo pada aksi menentang Korea Selatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA: Pengendali Mexico, Javier Aguirre memilih untuk merendah diri dengan kejayaan pasukannya muncul juara kumpulan Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun, sebaliknya menegaskan ukuran sebenar kejayaan hanya akan ditentukan pada peringkat kalah mati.

Mexico mengesahkan status selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Guadalajara, sekali gus menjadi pasukan pertama yang menempah tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026.

Kejayaan itu menyaksikan Mexico mengulangi pencapaian edisi 2002, yang kebetulan turut dicapai di bawah kendalian Aguirre. Namun bagi jurulatih berusia 67 tahun itu, rekod dan statistik tidak membawa sebarang makna jika pasukannya gagal melangkah lebih jauh dalam kejohanan.

“Saya tidak tahu mengenai statistik itu. Ia sekadar catatan pada 2002 dan ia juga hanya catatan sekarang kerana apa yang penting adalah kedudukan akhir,” katanya.

Kemenangan ke atas Korea Selatan bukan sahaja memastikan kemaraan Mexico ke pusingan seterusnya, malah memberi kelebihan besar apabila mereka akan terus beraksi di hadapan penyokong sendiri di Mexico City.

Aguirre mengakui sokongan penyokong tempatan menjadi faktor penting yang mampu memberi kelebihan tambahan kepada pasukannya ketika saingan semakin sengit.

“Tiada apa yang dapat menandingi bermain di laman sendiri, ia tidak ternilai. Faktor Mexico sangat penting,”ujarnya.-AGENSI

Dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan, sokongan padu penyokong sendiri, Mexico kini dilihat antara pasukan yang berpotensi mencipta kejutan dalam kejohanan kali ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN