RIYADH: Sebuah helikopter terhempas di Arab Saudi pada Ahad, mengorbankan 14 warganegara itu, lapor agensi berita rasmi negara itu. Agensi Berita Saudi (SPA) memaklumkan bahawa helikopter berkenaan milik syarikat minyak negara, Aramco. Menurut SPA yang memetik seorang pegawai Kementerian Tenaga, helikopter itu terhempas di Ras Tanura, di timur negara itu. “Kemalangan itu meragut nyawa kesemua 14 penumpang, yang semuanya merupakan warga Arab Saudi,” menurut agensi itu. Ia berkata, bahawa siasatan…










