Warga China ditahan tikam rakan senegara

Warga China ditahan tikam rakan senegara

PASUKAN Maritim Malaysia Selangor menahan suspek yang menikam rakan sekerjanya di atas kapal MV Lucky Camelia pada kira-kira 4 batu nautika di perairan berhampiran Tanjung Rhu, Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang warga China berdepan detik cemas apabila ditikam di bahagian perut oleh rakan sekerjanya dalam sebuah kapal MV Lucky Camelia dekat perairan kira-kira 4 batu nautika dari Tanjung Rhu, di sini malam tadi.

Lelaki berusia 47 tahun bekerja sebagai kru kapal berkenaan ditikam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sekerjanya itu yang juga merupakan warganegara China.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi (Pusop) Ibu pejabat Maritim Selangor menerima panggilan bantuan pemindahan mangsa dari kapal berkenaan bagi mendapatkan rawatan kira-kira pukul 8.52 malam.

“Bot Penggalang 41 tiba di kapal berkenaan pada pukul 11.51 malam dan dimaklumkan berlaku satu pergaduhan antara dua kru lalu mengakibatkan seorang daripadanya ditikam di bahagian perut.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana cuba membunuh. Suspek kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut pada pukul 1.15 pagi. Sementara mangsa dibawa oleh Ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, suspek disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di laut boleh menghubungi Pusop Ibu Pejabat Maritim Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN