UAE nafi pertemuan rahsia antara Netanyahu, presidennya

UAE nafi pertemuan rahsia antara Netanyahu, presidennya

MAHKAMAH Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) menafikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel berhubung lawatan Benjamin Netanyahu ke negara itu dan mengadakan pertemuan rahsia dengan presidennya.

Pejabat Perdana Menteri Israel sebelum ini mendakwa Netanyahu mengunjungi UAE ketika perang dengan Iran dan bertemu Sheikh Mohammed bin Zayed.

Dalam satu kenyataan, kementerian luar UAE berkata, hubungan negara itu dengan Israel ‘bersifat terbuka’ dan bukan berdasarkan perjanjian tidak telus dan tidak rasmi.

“Kami menegaskan sebarang dakwaan mengenai lawatan tanpa pengumuman atau pengaturan sulit adalah sama sekali tidak berasas melainkan diumum secara rasmi oleh pihak berkuasa berkaitan di UAE,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Netanyahu berkata, pertemuan berkenaan menghasilkan satu ‘kejayaan bersejarah’ dalam hubungan antara kedua-dua negara.

Sumber yang mengetahui mengenai pertemuan itu berkata, Netanyahu dan Sheikh Mohammed bertemu di Al-Ain, sebuah bandar oasis berhampiran sempadan Oman, pada 26 Mac yang berlangsung selama beberapa jam.

Sumber itu berkata, Ketua Mossad, Dedi Barnea, membuat sekurang-kurangnya dua lawatan ke UAE ketika perang dengan Iran bagi menyelaras tindakan ketenteraan.

Lawatan ketua perisikan itu pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal.

Selepas menjadi sasaran serangan semasa perang Iran, UAE memperkukuh hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, yang mula menjalinkan hubungan rasmi menerusi Perjanjian Abraham pada 2020.

UAE melihat hubungannya dengan Israel sebagai alat untuk memperluas pengaruh serantau dan saluran unik ke Washington.

UAE merupakan hab perniagaan dan kewangan serantau serta antara sekutu paling penting Washington.

Negara itu mengamalkan dasar luar yang tegas dan membina lingkungan pengaruhnya sendiri di seluruh Asia Barat dan Afrika.

Serangan Iran ke atas negara Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel lebih banyak menyasarkan UAE berbanding negara jirannya, termasuk mengenai infrastruktur awam dan kemudahan tenaga.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN