Tembakan artileri raikan kerajaan baharu Iraq

Tembakan artileri raikan kerajaan baharu Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Tembakan artileri dilepaskan di tengah Baghdad hari ini untuk meraikan pembentukan kerajaan baharu Iraq, menurut sumber keselamatan kepada AFP.

Tiga letupan yang turut didengari wartawan AFP itu menandakan penubuhan kerajaan di bawah Perdana Menteri baharu, Ali al-Zaidi.

Selepas dentuman pertama kedengaran, jurucakap keselamatan memberi amaran lebih banyak tembakan artileri akan dilepaskan bagi meraikan Ali mengambil alih jawatan.

Ahli Parlimen Iraq meluluskan pembentukan kerajaan baharu pimpinan Ali pada Khamis selepas berbulan-bulan kebuntuan politik serta tekanan yang semakin meningkat daripada Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Ali sepatutnya terdiri daripada 23 menteri, namun senarai kabinet masih belum lengkap apabila parti-parti politik utama terus berunding mengenai beberapa portfolio penting.

Iraq sejak sekian lama berada dalam kedudukan sukar antara pengaruh dua sekutunya, iaitu negara jiran Iran dan AS.

Sejak awal lagi, Iraq turut terheret dalam perang Asia Barat yang tercetus susulan serangan bersama Israel-AS ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Sepanjang perang itu, letupan kerap kedengaran di Baghdad, kebanyakannya berpunca daripada serangan dron dan roket oleh kumpulan yang disokong Teheran ke atas Kedutaan AS di Zon Hijau yang berkubu kuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN