Sindiket seleweng diesel tumpas, lebih 10,000 liter dirampas - KPDN Johor - Utusan Malaysia

Sindiket seleweng diesel tumpas, lebih 10,000 liter dirampas – KPDN Johor

KPDN Johor menumpaskan sindiket yang aktif menyeleweng minyak diesel disebalik syarikat yang menjalankan perniagaan sebagai pemborong bahan api berkenaan di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kegiatan urus niaga diesel haram melibatkan seorang lelaki warga emas tumpas selepas penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyerbu sebuah premis di Ulu Tiram, di sini, kelmarin.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 10,300 liter diesel, tangki skid, satu set pam bahan api lengkap termasuk ‘nozzle’ dan hos bernilai keseluruhan RM85,736.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 60-an. Kegiatan ini dipercayai berselindung di sebalik nama perniagaan sebagai pemborong minyak diesel.

“Modus operandi digunakan adalah mendapatkan bekalan daripada syarikat pembekal sebelum dijual semula kepada syarikat pengangkutan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Lilis Saslinda, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN