Kuartet campuran Jamaica pecah rekod dunia

Kuartet campuran Jamaica pecah rekod dunia

KUARTET campuran Jamaica mencipta rekod dunia dalam acara 4x100 meter, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GABORONE: Jamaica mencipta sensasi di pentas Kejohanan Lari Berganti-ganti Olahraga Dunia apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah memecahkan catatan 40 saat (s) bagi acara 4×100 meter (m) campuran, semalam.

Kuartet yang dibarisi Ackeem Blake, Tina Clayton, Kadrian Goldson dan Tia Clayton itu mencatat masa 39.99s, sekali gus memadam rekod dunia baharu yang hanya bertahan seketika sebelum itu.

Rekod terdahulu 40.07 saat yang dilakukan Kanada pada saringan pertama hanya bertahan beberapa minit sebelum dipadamkan oleh aksi bertenaga Jamaica.

Blake memulakan larian dengan baik sebelum menyerahkan baton kepada Tina Clayton yang mengekalkan momentum pasukan.

Pelari ketiga, Goldson terus memperkemaskan rentak sebelum Tia Clayton menamatkan larian dengan penuh bergaya untuk memastikan catatan bersejarah 39.99s itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN