Kelewatan projek ART dibimbangi tingkat kesesakan Johor Bahru - Utusan Malaysia

Kelewatan projek ART dibimbangi tingkat kesesakan Johor Bahru

Onn Hafiz Ghazi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kelewatan pelaksanaan projek Aliran Transit Automasi (ART) di bandar raya Johor Bahru dibimbangi akan menyebabkan kesesakan susulan pengoperasian Rapid Transit System Link (RTS Link), bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek penyuraian trafik di lokasi berkenaan telah dicadangkan sejak dua tahun lalu namun masih tiada perkembangan positif berhubung pelaksanaannya.

“Walaupun pengumuman berkenaan projek pembangunan itu sudah dibuat sejak setahun atau dua tahun lalu, namun peruntukannya masih belum turun.

“Sebagai contoh pengumuman mengenai ART bagi menangani kesesakan trafik selepas RTS Link beroperasi pada 2027,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, antara projek lain yang turut berdepan isu sama termasuklah projek hospital pengajar di Kota Tinggi serta projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2).

“Kedua-dua projek ini telah diumumkan tetapi masih belum dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan persekutuan menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang mahukan 25 peratus hasil cukai negeri dipulangkan untuk pelaksanaan pelbagai program kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin dengan adanya Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling dalam dewan ini, maka impian ini akan dapat dicapai,” katanya.

RTS Link yang menghubungkan dua stesen iaitu Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura mempunyai kapasiti penumpang sehingga 10,000 setiap jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN