MEKAH: Seorang haji wanita berusia 52 tahun meninggal dunia di Mekah semalam akibat pendarahan otak.
Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, jemaah berasal daripada Parit Jawa, Johor, berusia 52 tahun dan hadir seorang diri ke tanah suci.
“Allahyarhamah merupakan jemaah daripada kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah.
“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada pukul 5.00 pagi akibat pendarahan otak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut TH, jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Sharai’, Mekah untuk dikebumikan.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.
Sebelum ini, sembilan jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di tanah suci. – UTUSAN










