Jadual padat gugat misi City kejar Arsenal

Jadual padat gugat misi City kejar Arsenal

Pep Guardiola
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan anak buahnya perlu segera menyesuaikan diri dengan jadual padat bulan ini ketika misi mengejar pendahulu liga, Arsenal semakin memuncak.

City yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal, namun memiliki satu kelebihan perlawanan, bakal berdepan ujian getir bermula dengan kunjungan ke gelanggang Everton awal pagi selasa, sebelum melayan Brentford, pada Ahad depan.

Dalam masa sama, Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada enam mata sekiranya menewaskan Fulham lebih awal.

Lebih merumitkan keadaan, City turut menggalas cabaran final Piala FA menentang Chelsea pada 16 Mei, menjadikan mereka perlu mengharungi enam perlawanan dalam tempoh hanya tiga minggu.

“Ini realiti yang perlu kami hadapi. Kami pernah melalui situasi sama ketika memenangi treble sebelum ini.

“Tiada alasan. Kami harus menyesuaikan diri dan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.Kami tiada pilihan selain menang, menang dan terus menang,” tegasnya.

Mengulas aksi menentang Everton, Guardiola mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan kebangkitan lawan itu yang dilihat semakin konsisten dan berpotensi mencabar kelompok Eropah.

Dalam perkembangan skuad, Guardiola memberi bayangan positif apabila tonggak tengah Rodri serta dua pertahanan utama, Ruben Dias dan Josko Gvardiol, semakin pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemain itu masih diragui untuk diturunkan dalam aksi menentang Everton.

“Rodri semakin pulih tetapi belum kembali berlatih bersama pasukan. Ruben juga belum bersama skuad, begitu juga Josko.Kami akan nilai perkembangan mereka dalam beberapa hari lagi,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN