Harga minyak naik selepas AS-Iran berbalas serangan

Harga minyak naik selepas AS-Iran berbalas serangan

HARGA minyak dunia melonjak lepasi AS$120 setong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Harga minyak meningkat pada dagangan pagi Jumaat di Asia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran saling berbalas serangan di laluan penting Selat Hormuz.

Tentera AS mendakwa, ia memintas serangan ‘tidak diprovokasi’ oleh Iran, termasuk peluru berpandu, dron dan bot kecil, serta melancarkan serangan pertahanan ketika kapalnya keluar dari Teluk melalui selat tersebut.

Harga penanda aras minyak global Brent meningkat 2.3 peratus kepada AS$102.40 (RM401.16) setong, manakala minyak mentah dagangan AS naik 2.1 peratus kepada AS$96.80 (RM379).

Ketegangan terbaharu itu sekali lagi mengancam gencatan senjata AS-Iran, yang dilanjutkan tanpa had oleh Presiden Donald Trump pada 21 April bagi memberi lebih masa untuk rundingan damai.

Minggu ini, Trump berkata perang yang bermula pada 28 Februari akan berakhir dengan cepat ketika Washington berusaha merangka asas rundingan lebih terperinci dengan Teheran.

Harga tenaga meningkat sejak konflik bermula selepas Iran mengancam untuk menyerang kapal di Selat Hormuz, sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel.

Lebih daripada satu perlima daripada penghantaran minyak dan gas dunia biasanya melalui laluan perairan tersebut.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×