Dron Russia hentam apartmen di Romania

Dron Russia hentam apartmen di Romania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Sebuah dron Russia melanggar bangunan apartmen di Romania, negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dalam insiden terbaharu yang turut mencederakan dua orang di bandar berhampiran sempadan Ukraine.

Kementerian Pertahanan Romania semalam berkata, serangan dron Russia kembali menyasarkan kawasan awam dan infrastruktur di Ukraine pada malam Khamis dan Jumaat, berhampiran sempadan sungai dengan Romania.

“Sebahagian daripada dron itu memasuki ruang udara Romania, dikesan radar sehingga ke selatan bandar Galati, sebelum terhempas ke atas bumbung sebuah bangunan apartmen dan mencetuskan kebakaran.

“Kejadian ini merupakan satu peningkatan ketegangan yang serius dan tidak bertanggungjawab oleh Persekutuan Rusia,” menurut kenyataan itu, sambil menambah Bucharest memaklumkan Setiausaha Agung NATO dan memohon langkah untuk mempercepatkan pemindahan keupayaan anti dron ke Romania.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan dua individu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan, manakala kebakaran berjaya dipadamkan.

Insiden itu menjadi yang pertama seumpamanya membabitkan dron yang mengenai bangunan kediaman di Romania, walaupun pencerobohan dron ke ruang udara negara itu berlaku berpuluh kali sejak perang Russia–Ukraine bermula pada 2022.

Dua jet pejuang F-16 dikerahkan selepas pengesanan dron tersebut, kata kementerian berkenaan.

Sementara itu, Ukraine turut mengeluarkan amaran serangan udara di seluruh negara pada malam kejadian sebagai langkah berjaga-jaga sebelum ia ditarik balik pada waktu pagi.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN