ASEAN Power Grid perlu dipercepat kukuh bekalan tenaga serantau

ASEAN Power Grid perlu dipercepat kukuh bekalan tenaga serantau

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyokong usaha untuk mempercepat pelaksanaan ASEAN Power Grid bagi memperkukuh integrasi tenaga serantau serta memastikan bekalan tenaga lebih stabil dan mampan dalam jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting ketika rantau ASEAN berdepan ketidaktentuan geopolitik global yang semakin memberi tekanan terhadap keselamatan tenaga dan kestabilan rantaian bekalan.

Katanya, tiada negara mampu menghadapi cabaran tersebut secara bersendirian, justeru kerjasama kolektif dan solidariti ASEAN perlu terus diperkukuh.

“ASEAN perlu mempercepat integrasi tenaga serantau termasuk menerusi ASEAN Power Grid bagi memastikan bekalan tenaga lebih terjamin, stabil dan mampan.

“Kerjasama strategik tenaga perlu terus diperkasa bagi meningkatkan daya tahan rantau ini dalam menghadapi krisis global dan gangguan rantaian bekalan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 (Plenari) di sini, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia turut menyokong pengukuhan mekanisme keselamatan petroleum serantau sebagai langkah menghadapi sebarang gangguan bekalan tenaga akibat konflik global dan ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

Katanya, ASEAN juga perlu memperluas jaringan kerjasama strategik termasuk melibatkan negara Teluk dan China bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur serta daya tahan tenaga serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN