PM tiba di Cebu, Filipina hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48

PM tiba di Cebu, Filipina hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48

ANWAR Ibrahim tiba di Cebu, Filipina tengah hari tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Cebu, Filipina tengah hari tadi bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.

Beliau tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail, disambut Setiausaha Kabinet yang juga Menteri Pengiring, Sharin S. Garin dari Jabatan Tenaga Filipina.

Hadir sama menyambut ketibaan, Gabenor Cebu, Pamela Pam Baricuatro serta Datuk Bandar Lapu-Lapu City, Cynthia King Chan.

Anwar akan mengikuti Sidang Kemuncak Khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) petang ini.

Beliau kemudiannya akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 esok bersama pemimpin negara anggota lain dengan jangkaan tumpuan menyentuh kepada kesan krisis Asia Barat terhadap rantau ini.

Perdana Menteri turut dijangka mengadakan beberapa mesyuarat sela dengan rakan sejawat serantau sepanjang sidang berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×