Antonelli takluk GP Miami

Antonelli takluk GP Miami

KIMI Antonelli (tengah) meraikan kejayaan bersama krew pasukan di Litar Antarabangsa Autodrom di Miami, Florida, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pelumba muda sensasi, Kimi Antonelli meneruskan dominasi musim ini apabila menjuarai Grand Prix (GP) Miami sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia, hari ini.

Pelumba Mercedes itu menahan asakan sengit juara dunia, Lando Norris sepanjang perlumbaan untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan Antonelli kini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 20 mata ke atas rakan sepasukan, George Russell yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Perlumbaan bermula dramatik apabila pelumba Red Bull, Max Verstappen berpusing di selekoh pertama, manakala insiden lain turut melibatkan beberapa pelumba termasuk Lewis Hamilton.

Wakil Ferrari, Charles Leclerc pada awalnya mendahului perlumbaan sebelum dicabar hebat oleh Antonelli dan Norris dalam pertarungan tiga penjuru.

Perlumbaan kemudian terganggu dengan kemunculan kereta keselamatan susulan kemalangan melibatkan beberapa pelumba termasuk Isack Hadjar dan Pierre Gasly.

Selepas perlumbaan disambung, Norris sempat menguasai saingan sebelum strategi pit-stop membolehkan Antonelli kembali di hadapan untuk mengawal perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Oscar Piastri melengkapkan podium di tempat ketiga selepas memintas Leclerc pada penghujung perlumbaan yang menyaksikan pelumba Ferrari itu menamatkan saingan di kedudukan keenam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN