TURAP: KDN hanya akan beri pandangan selepas dibawa ke Kabinet - Saifuddin

TURAP: KDN hanya akan beri pandangan selepas dibawa ke Kabinet – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan pihaknya hanya akan mengulas sistem baharu pengambilan pekerja asing sekiranya perkara itu dibawa dan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada maklumat yang boleh dikongsi mengenai sistem itu buat masa ini.

“Apabila hal itu dibawa dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri, KDN akan bagi pandangan pada ketika itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan bagi menggantikan sistem baharu pengambilan pekerja asing yang dikenali sebagai Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP), dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pihaknya kini sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan sistem itu dan akan membentangkan kertas kepada Kabinet selepas ini.

Bagaimanapun, cadangan itu dibantah oleh sembilan Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Wong Chen (Subang); Lee Chean Chung (Petaling Jaya); Rodziah Ismail (Ampang); Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).

Selain itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim; Kesavan Subramaniam (Sungai Siput) dan Onn Bakar (Batu Pahat) turut membantah dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanfaatkan penyertaan dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bagi menilai teknologi serta aset keselamatan terkini, selaras dengan perancangan jangka panjang kementerian itu.

Menurutnya, pameran berkenaan adalah platform strategik yang menghimpunkan pemain industri pertahanan dan keselamatan tempatan serta antarabangsa untuk mempamerkan produk terbaharu dalam bidang perisikan dan sistem keselamatan moden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN