Syed Yazid pilih Tunku Mahkota Ismail

Syed Yazid pilih Tunku Mahkota Ismail

Syed Yazid Syed Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar percaya hanya Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang boleh memulihkan semula imej Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Syad Yazid juga berpandangan, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan calon No.1 ketika ini untuk merebut kerusi Presiden FAM pada kongres pemilihan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Katanya, baginda calon paling layak berdasarkan minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak termasuk kejayaan baginda membawa pelbagai kejayaan kepada Harimau Selatan di peringkat domestik dan juga Asia.

“Kalau ikutkan secara peribadi, memang Pemangku Sultan Johor (calon paling layak untuk jawatan Presiden FAM). Saya berasa baginda calon yang boleh perbetulkan balik FAM.

“Bagi saya, kita tidak boleh salahkan Tunku Mahkota Ismail dalam isu pemalsuan dokumen tujuh pemain. Kena tahu cerita sebenar, tapi bagi saya, saya tahu yang bukan salah Tunku Mahkota Ismail dalam isu itu.

“Kalau bukan Tunku Mahkota Ismail, saya berasa Tan Sri Hamidin Mohd Amin. Beliau ada dengan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan juga AFC (Kofederasi Bolasepak Asia).

“Saya berasa dia pun salah seorang yang boleh perbetulkan balik FAM,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KLFA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Untuk rekod, Tunku Mahkota Ismail memiliki pengalaman memimpin FAM ketika memikul tugas sebagai presiden badan induk itu dari tahun 2017 dan 2018.

Hamidin juga pernah berada di kerusi No.1 FAM selama tujuh tahun dari 2018 hingga 2025 sebelum memutuskan tidak mempertahankan jawatan itu ketika kongres pemilihan pada Februari tahun lalu.

Kerusi Presiden FAM dan semua jawatan lain termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan EXCO ketika ini kosong susulan peletakan jawatan secara berjemaah oleh Jawatankuasa Eksekutif pada Januari lalu susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya.

FAM ketika ini masih dalam fasa pemulihan dengan dibantu oleh AFC dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John sebelum ini menjangkakan kongres pemilihan barisan kepemimpinan baharu FAM boleh diadakan selepas Piala Dunia 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN