KUWAIT CITY: Sektor minyak Kuwait kembali diserang dalam gelombang baharu serangan dron sehingga semalam, yang mencetuskan kebakaran di beberapa kemudahan operasi termasuk unit penapisan dan loji petrokimia. Serangan berlaku hanya beberapa jam selepas ibu pejabat tenaga negara berkenaan turut terbakar akibat dron tanpa pemandu. Kuwait Petroleum Corporation (KPC) dalam kenyataan memaklumkan, serangan terbaharu yang menyasarkan kemudahan Industri Petroleum dan Petrokimia Kebangsaan Kuwait mengakibatkan kerosakan besar. Menurut KPC, pasukan kecemasan dan…










