JOHOR BAHRU: Pertumbuhan ekonomi memberangsangkan yang diraih kerajaan Johor hari ini ditunjangi oleh dasar dan sokongan daripada Kerajaan Pusat yang komited menjaga kepentingan negara. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan bilateral dua negara bersama rakan sejawatnya dari Singapura menjayakan hasrat pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menarik banyak kemasukan pelabur asing. Katanya, perkara itu perlu diterangkan agar sokongan dan usaha Kerajaan Pusat memainkan peranan penting bagi…










