Rafizi ‘terselamat’ usul penyingkiran Ketua PKR Pandan

Rafizi ‘terselamat’ usul penyingkiran Ketua PKR Pandan

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Raml ‘terselamat’ daripada cubaan menyingkirkan beliau sebagai Ketua PKR Pandan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) cabang itu yang berlangsung hari ini.

Cubaan itu difahamkan kerana bekas Timbalan Presiden PKR itu lantang mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melepaskan jawatan dalam Kabinet sebagai Menteri Ekonomi.

Rafizi hanya memperoleh kemenangan tipis apabila 42 ahli cabang mengundi untuk menolak usul memecat atau menggantung beliau sebagai ketua, hanya lebih lapan undi daripada 34 orang yang menyokong.

Ahli Parlimen Pandan turut difahamkan tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Pandan Haqimi Zamri berkata, usul itu dibentangkan oleh ahli-ahli yang mahu merampas cabang tersebut daripada Rafizi.

Bagaimanapun, katanya, majoriti akar umbi PKR Pandan kekal setia menyokong Rafizi.

Tambahnya, ketidakhadiran Rafizi pada AGM tersebut bukanlah suatu isu kerana beliau telahpun memaklumkan perkara itu kepada pihak cabang, namun masih menghormati mesyuarat tersebut.

“Mungkin nampak kecil tapi hakikatnya pihak yang menyokong Rafizi tidak ‘mobilise’ penuh. Jadi ia satu kemenangan yang bermakna (buat Rafizi),” katanya menurut laporan FMT.

Rafizi sebelum ini terus memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan PKR selepas PKR dibubarkan, bagaimanapun menegaskan tidak akan menubuhkan parti baharu atau menyertai ‘kuasa ketiga’.

Pagi tadi, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Kumaresan Aramugam menggesa pimpinan mengambil tindakan terhadap Rafizi demi maruah dan keyakinan rakyat terhadap parti tersebut.

Beliau berkata, tindakan tegas itu penting bagi mengelak lebih banyak kerosakan dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN